Dunia & Anda

Kesihatan

Semakin maju sesebuah negara itu semakin lupa mereka terhadap penjagaan kesihatan. Tanpa disedari dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian sebenarnya diri menghidapi penyakit yang merbahaya. Antaranya kanser hati, pangkal rahim, jantung, obesity dan lain lain. Dengan terjadinya perkara sebegini, YAKIN Malaysia mengambil beberapa inisiatif untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa seriusnya penyakit seperti ini. YAKIN Malaysia turut membantu kerajaan dalam kempen “Tak Nak Merokok”, kempen “anti dadah” dan Kempen Hari Jantung Sedunia” satu malaysia dan menyeru kepada semua kaum untuk menjalani pemeriksaan “Pep Smear” untuk langkah pencegahan dari kanser yang berkaitan dan lain-lainnya.

Pendidikan

Kerajaan Malaysia akan menjadikan negara ini sebagai satu pusat pendidikan yang terkemuka di dunia. Oleh itu pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi menjamin pendidikan rakyat berterusan hingga ke peringkat yang tertinggi . Seiring dengan itu, YAKIN Malaysia juga membantu kerajaan dengan memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan yang kurang bernasib baik seperi anak anak yatim yang miskin. Antaranya bekerjasama dengan kolej dan MARA bagi menaja dan memberi tempat kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk belajar ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi dan menjamin masa depan mereka. Selain daripada itu, kami turut menekankan kepada latihan atau kursus kemahiran.

Kemanusiaan

Kebelakangan ini banyak terjadinya bencana alam, rusuhan, peperangan politik sesama sendiri yang tiada penghujungnya. Bagi negara yang menghadapi tragedi sebegini amat memerlukan bantuan tidak kira dari segala segi termasuk makanan, pakaian nasihat dan pelbagai lagi. YAKIN Malaysia mempunyai satu pasukan yang ditubuhkan dengan nama “Task force YAKIN” dikalangan sukarelawan yang komited dan professional. Dihantar membantu dalam bentuk kemanusiaan diseluruh dunia jika ada bencana menimpa negara mereka. Oleh itu kami YAKIN Malaysia mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi task force atau mana-mana badan NGOs yang ingin meyumbangkan bantuan anda sama ada dalam bentuk kewangan, masa, tenaga atau barangan keperluan harian untuk menyertai kami sambil melakukan kebajikan. Anda akan dipilih pada misi tersebut.

Ekonomi

Keadaan politik dan ekonomi yang stabil akan membantu individu, syarikat, agensi, korporat dan Negara menjadi semakin progresif dan berdaya saing. YAKIN Malaysia juga menumpukan perhatian didalam bidang perniagaan seperti Cafe yang bertaraf lima bintang berkonsepkan tradisi Malaysia dengan nama “kedai simpang” yang akan dibuka dan di franchisekan tidak lama lagi. YAKIN Malaysia juga mencari rakan “kongsi niaga” berbentuk kebajikan didalam syarikatnya untuk melabur dalam bidang perniagaan seperti technology maklumat, perkilangan berteknologi tinggi, pusat latihan, perkampungan hospital, franchise dan lain lain.Pelabur dalam dan luar negara diberi peluang untuk menjadi rakan niaga dan melabur didalam syarikat yang akan kami tubuhkan kelak.

Perserikatan "Save Planet"

Dunia telah mengalami perubahan cuaca yang mendadak. Pelbagai cara dilakukan oleh masyarakat dunia dan kerajaan Malaysia bagi menarik minat orang ramai untuk menyayangi dan menyintai habitat semulajadi dan menjaga kebersihan persekitaran termasuk sampah sarap, pencemaran sungai dan sisa toksik serta mengawal penebangan hutan secara haram. Selaras dengan kempen tersebut YAKIN Malaysia telah membina satu kawasan hutan rekreasi yang masih mengekalkan ciri-ciri hutan tropika yang sebenar bagi menggalakkan masyarakat untuk mengenali dan menyayangi flora dan fauna terutama kanak kanak sekolah.

Hutan rekreasi ini terbuka kepada umum yang terletak di belakang rumah anak anak yatim “Rumah Lindungan Kasih” Tampin, Negeri Sembilan. Mendidik generasi kini supaya tidak mempersia- siakan baki Hutan Tropika yang cantik dan masih belum tercemar. Kami cuba mendidik generasi baru ini bagaimana menjiwai kedamaian dan kenyamanan udara hutan tersebut, maka kami mengajak pada semua institusi pengajiaan tinggi awam dan swasta bersama sama pelajar-pelajar tempatan ataupun antarabangsa termasuk persatuan persatuan dan orang ramai secara berkumpulan menyertai program perhutanan dan mengenali lebih dekat flora dan fauna disamping menyertai pelbagai aktiviti lasak dan kem perkhemahan.


AKTIVITI DAN PROJEK