Bantuan Sepanjang Hayat / Bantuan Anak-Anak Yatim

Pusat Jagaan Tidak Berkediaman bawah penjagaan YAKIN Malaysia beribu pejabat di Kuala Lumpur. Menyalurkan bantuan kepada 100 orang anak-anak yatim, miskin dan asnaf. YAKIN Malaysia mewujudkan pusat jagaan ini bertujuan membantu keluarga miskin dan anak yatim yang berpendapatan rendah agar dapat meringankan beban yang di hadapi oleh keluarga tersebut.

Kami membantu dari segi persekolahan, pengangkutan ke sekolah, perbelanjaan harian dan bantuan makanan berkala, sehingga tempoh yang telah di tetapkan. Bantuan tersebut akan disampaikan melalui program mingguan dan bulanan.


Program di usahakan bermula pada tahun 2015 untuk kumpulan sasar yang tinggal bersama penjaga – Pusat Jagaan tidak berkediaman.

YAKIN Malaysia tidak menerima bantuan secara berterusan setiap bulan. Justeru itu, setakat ini pihak kami mengumpulkan dana dalam tempoh tertentu dan di agihkan pada masa tertentu dalam satu program khusus untuk kumpulan sasar.