Tabung Amal Yakin Malaysia

Sumbangan kewangan ini boleh dibuat melalui cek/draf Bank/ kiriman wang pos/ atas nama :

YAKIN MALAYSIA
AKAUN NO : 14153 0100 1378 9 (BANK ISLAM BERHAD)

Atau

BADAN AMAL KEMAJUAN INSAN MALAYSIA ( INSAN PENYAYANG )
AKAUN NO : 14153 – 01 – 001902 -1 ( BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD )

Atau

YAKIN MALAYSIA
AKAUN NO : 0 502101 00 24678 (BANK ISLAM BERHAD)

Atau

PUSAT TAHFIZ YAKIN MALAYSIA
AKAUN NO : 12122 – 01 – 000657 - 4 ( BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD )

Setiap sumbangan yang disalurkan akan dikeluarkan resit rasmi, resit tersebut boleh digunakan untuk taksiran cukai pendapatan ( ruj no: LHDN 01/35/42/51/179-6.5841 )
Kami akan menghantar resit rasmi setelah menerima bukti pembayaran melalui fax 064415875 atau pos beserta nama dan alamat penyumbang.

Petugas sukarela YAKIN Malaysia sedang mengira jumlah kutipan yang diperolehi daripada orang ramai.

Anak anak yatim menerima sumbnagan Hari Raya daripada Pengerusi KL Tower 2010

Sudut Ilmu

ZAKAT

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam. Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Menurut siri ceramah agama Islam yang dikomentarkan oleh bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: "Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya". Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya itu

Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna milik
  4. Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  5. Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  6. Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  7. Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
  8. Pengertian Islam
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang islam sahaja.

Pengertian Merdeka

Seseorang yang ingin membayar zakat itu ialah bukan tergolong dalam kalangan hamba abdi bermaksud mereka yang benar-benar bebas dari era penjajahan secara terang dan jelas, dimana wilayahnya tidak berada dalam kancah penindasan dan peperangan akibat penjajahan. Maka golongan ini diwajibkan membayar zakat.

Sempurna Milik

Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

Cukup nisab

Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

Cukup haul

Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Niat untuk berniaga

Khusus buat para peniaga yang telah memperoleh pulangan dan pendapatan hasil perniagaan dan menepati semua syarat wajib diatas wajib membayar zakat perniagaan.

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. Zakat fitrah
  2. Zakat harta

1. Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

2. Zakat harta

Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.

Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):

"(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya."

Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):

"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.

Asnaf

Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 60 :

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".

Skop agihan zakat Baitulmal MAIWP adalah berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara'. Ia mempunyai 8 asnaf zakat iaitu:

ASNAF FAKIR

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50% daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50% daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya.

ASNAF MISKIN

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung keperluan orang-orang tanggungannya.

ASNAF AMIL

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk urusan pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

ASNAF MUALLAF

Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada dua iaitu:

  1. Beragama Islam
  2. Baru memeluk Agama Islam (Saudara Baru)
    Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya
    Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang yang di bawah pimpinannya
    Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh Islam.
  3. Bukan Beragama Islam
  4. Boleh dipujuk supaya masuk Islam
    Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam

ASNAF AR-RIQAB

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

ASNAF AL-GHARIMIN

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

ASNAF FISABILILLAH

Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

RM

RM

Cara 1

Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% ( jika melebihi nisab )

Contoh : RM30,000.00 x 2.5%

250

Cara 2

Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)

Contoh:

A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun)

30000

B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)

1. Diri

8000

2. Isteri

3000

3. Anak 4 orang x RM1,000

4000

4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 × 12)

1200

5. KWSP (contoh: 11%)

3300

6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji)

900

Jumlah Tolakan

20400

C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B)

9600

D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM9,600 × 2.5%

240

E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240 ÷ 12 bulan)

20

LINK PADA LHDN