PUSAT TAHFIZ & KEPIMPINAN

Pusat Jagaan Tidak Berkediaman bawah penjagaan YAKIN Malaysia beribu pejabat di Kuala Lumpur. Menyalurkan bantuan kepada 100 orang anak-anak yatim, miskin dan asnaf. YAKIN Malaysia mewujudkan pusat jagaan ini bertujuan membantu keluarga miskin dan anak yatim yang berpendapatan rendah agar dapat meringankan beban yang di hadapi oleh keluarga tersebut.

Kami membantu dari segi persekolahan, pengangkutan ke sekolah, perbelanjaan harian dan bantuan makanan berkala, sehingga tempoh yang telah di tetapkan. Bantuan tersebut akan disampaikan melalui program mingguan dan bulanan.

Pengenalan

Institut Tahfiz & Kepimpinan Ampang Selangor merupakan satu pusat pembelajaran keagamaan di bawah Badan Amal Kemajuan Insan Malaysia, YAKIN Malaysia. Memulakan beroperasi pada 1hb April 2011 yang menerima pelajar perempuan sahaja dan tiada sebarang pembayaran dikenakan. Institut Tahfiz & Kepimpinan ini memberikan perkhidmatan pendidikan keagamaan dan kemahiran kepimpinan kepada kumpulan sasar :

Objektif

  • Menjadikan anak anak yatim yang berminat mendalami islam mengikuti tahfiz alquran cara pengajian dan terjemahannya
  • Memberikan pendidikan pelajaran agama yang lebih Sempurna kepada anak anak yatim hingga ke peringkat tertinggi
  • Mempelajari ilmu ilmu keagamaan sebagai pelajar yang cemerlang, berdedikasi dan berdisiplin,
  • Menggalakkan anak anak yatim berdakwah dan menjana semangat kepimpinan lebih berilmu agama
  • Menjadikan pusat tahfiz sebagai pemangkin untuk dijadikan kepimpinan berlandaskan secara islam Untuk membimbing masyarakat supaya tidak alpa dengan kemajuan dunia sekarang

Berbincang selepas selesai solat

Syarat Kemasukan

1. Anak Anak Yatim / Miskin
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 9 hinggga 18 tahun
  • Islam
  • Perempuan
  • Miskin
  • Rela Hati
2. Kaum ibu dan wanita berkerjaya
  • Warganegara Malaysia
  • Islam
  • Perempuan
  • Rela Hati

Prosedur Kemasukan

1. Mengisi borang permohonan kemasukan 2. Permohonan hendaklah disertakan dengan 2 salinan
  • Kad Pengenalan/ Surat Beranak
  • Bil elektrik / bil air
  • Sijil sijil sekolah
  • Surat Perakuan Sekolah
  • Surat sokongan (jika ada)
  • Lain lain dokumen berkaitan

Program Harian

Sessi Persekolahan
  • Hadiri sessi persekolahan biasa pada waktu pagi & petang
  • Hadiri kelas bimbingan Alquran & Kepimpinan pada sessi pagi, petang dan malam

Diantara sayuran dan buah-buahan untuk pelatih RLK

Aktiviti Harian
  • Sembahyang Berjemaah
  • Kelas Alquran
  • Kelas kepimpinan
  • Aktiviti riadah 5.30pm hingga 6.30pm
  • Aktiviti Sukan dan gotong royong (hari sabtu sahaja)

Menunggu waktu Solat

Senaman pagi

Ruang untuk perpustakaan

Program Cuti Sekolah

  • Program lawatan
  • Program Motivasi dan kerohanian bersama remaja dan anak anak yatim
  • Program jemputan
  • Program Bina Semangat dan Jati Diri
  • Program kepimpinan melalui tauladan

Lawatan

Jabatan yang berminat untuk membuat lawatan ke Institut Tahfiz & Kepimpinan haruslah :
  • Membuat temujanji
  • Penginapan sendiri
  • Tempoh lawatan untuk 1 hingga 2 hari sahaja
  • Segala aktiviti di sediakan oleh YAKIN Malaysia (boleh dibincangkan)
  • Syarat lain jika perlu akan dinyatakan
Anda boleh menghubungi kami di waktu pejabat ditalian pejabat atau datang terus ke Institut Tahfiz mengikut alamat yang tertera.

Pengerusi,
Institut Tahfiz & Kepimpinan,
YAKIN Malaysia,
Badan Amal Kemajuan Insan Malaysia,
Pt 1408 Jalan Pinang,
Kampung Melayu Ampang,
68000 Ampang Selangor.
Tel No : 03-42515796

Email address : tahfiz_kepimpinan@yahoo.com

Sumbangan kewangan ini boleh dibuat melalui cek/draf Bank/ kiriman wang pos/ atas nama:

PUSAT TAHFIZ YAKIN MALAYSIA
AKAUN NO : 12122 – 01 – 000657 – 4 ( BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD )

Setiap sumbangan yang disalurkan akan dikeluarkan resit rasmi, resit tersebut boleh digunakan untuk taksiran cukai pendapatan
( ruj no: LHDN 01/35/42/51/179-6.5841 )
Kami akan menghantar resit rasmi setelah menerima bukti pembayaran melalui fax 064415875 atau pos beserta nama dan alamat penyumbang.