PUSAT JAGAAN WARGA EMAS

Warga Emas

Pengenalan

Pusat Jagaan Warga Emas merupakan satu pusat jagaan di bawah Badan Amal Kemajuan Insan Malaysia, YAKIN Malaysia. Pusat jagaan ini mula beroperasi pada 1hb Mei 2011. Pusat Jagaan Warga Emas ini memberikan perkhidmatan perlindungan kepada Warga Emas yang berusia 55 tahun ke atas.

Objektif

  • Tidak menjadikan warga emas beban kepada keluarga
  • Memenuhi aktiviti lapang
  • Tidak menyisihkan diri dari keluarga dan masyarakat

Syarat Kemasukan

Warga Emas
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun keatas
  • Semua Bangsa
  • Lelaki / Perempuan
  • Tidak mempunyai penyakit kronik
  • Boleh mengurus diri
  • Rela Hati
  • Dikenakan bayaran

Prosedur Kemasukan

1. Mengisi borang permohonan kemasukan
2. Permohonan hendaklah disertakan dengan 2 salinan:
  • Kad Pengenalan
  • Bil elektrik / bil air
  • Laporan Kesihatan
  • Lain lain dokumen berkaitan

Program Harian

Aktiviti Harian
  • Bimbingan agama
  • Menonton Televisyen
  • Santai petang “sembang-sembang”
  • Aktiviti Riadah dan Gotong Royong

Program Bulanan

1. Program kemasyarakatan bersama masyarakat luar
2. Sambutan hari lahir

Lawatan

Jabatan yang berminat untuk membuat lawatan ke Pusat Jagaan Warga Emas haruslah :
  • Membuat temujanji
  • Penginapan sendiri
  • Segala aktiviti di sediakan oleh YAKIN Malaysia (boleh dibincangkan)
  • Syarat lain akan dimaklumkan jika perlu

Anda boleh menghubungi kami pada waktu pejabat ditalian pejabat atau datang terus ke Pusat Jagaan Warga Emas mengikut alamat yang tertera.

Pengerusi,
Pusat Jagaan Warga Emas,
YAKIN Malaysia,
Badan Amal Kemajuan Insan Malaysia,
Pt 1408 Jalan Pinang,
Kampung Melayu Ampang,
68000 Ampang Selangor.
Tel/fax no : 03-42515796