PROGRAM SUKARELAWAN / VOLUNTEER YAKIN Malaysia

Menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tidak hanya tertakluk kepada bentuk kewangan dan material semata-mata. Sedikit peruntukan masa, tenaga, sokongan dari segi mental dan spiritual juga mampu menjana perubahan dan membawa seribu makna kepada insan yang memerlukan.

YAKIN Malaysia sentiasa mengalu-alukan sokongan dari para sukarelawan bagi membantu perlaksanaan program-program berkaitan YAKIN Malaysia. Program sukarelawan YAKIN Malaysia sememangnya penuh dengan keistimewaannya yang tersendiri. Setiap program yang dijalankan, para sukarelawan terdiri daripada pelbagai bangsa, peringkat umur dan latar belakang yang berbeza akan turut sama berganding bahu menghulurkan sumbangan.

Selain dari itu juga YAKIN Malaysia berusaha membentuk satu kumpulan sukarelawan di seluruh Malaysia yang berperanan memberi bantuan kepada golongan sasar. Semoga segala usaha ini mampu membawa perubahan kepada mereka yang memerlukan.

Diantara peranan sukarelawan YAKIN Malaysia :

Mengurus Kes :

  • Membuat pendaftaran klien
  • Mengenal pasti masalah klien
  • Menyediakan laporan kes (rakaman kes)
  • Mengemukakan perbincangan dengan pegawai untuk keputusan bantuan.
  • Mengemukakan cadangan jenis bantuan
  • Pemantauan
 

Kerja Luar :

  • Membantu dan mengenal pasti kes-kes baru
  • Mendapatkan informasi tempat tinggal klien
  • Mengambil gambar dan bukti klien
  • Membuat lawatan & penyiasatan kes-kes

Skop Kemahiran Sukarelawan :

Rundingcara asas :

  • Pengurusan kes
  • Pengurusan bantuan
  • Pengurusan informasi

Borang pendaftaran untuk menjadi sukarelawan YAKIN Malaysia